Sunday, September 23, 2012

Ramai pelajar buntu tentang Sistem e-Undi

Nilai, 23 Sept - Tidak kurang 36 jam sahaja lagi pilihan raya kampus USIM akan diadakan, kebanyakan pelajar didapati masih buntu tentang proses pengundian menggunakan sistem e-Undi.

Tinjauan krew Usimkini ke Kolej Kediaman 1 bagi mendapatkan respon daripada pelajar di tahun satu pengajian dimaklumkan, kebanyakan pelajar baru tidak memahami cara pengundian yang sebenar.

"Berkenaan sistem berkomputer itu kami tahu, tapi bagaimana cara undi dan apakah prosedurnya, kami pun tak dimaklumkan," menurut Hafiz Haikal, penghuni KK1.

Jika sebelum ini, Pusat Teknologi Maklumat USIM akan membuat 'roadshow' setiap kali menjelang pilihan raya kampus, namun kali ini hari simulasi e-Undi tidak diadakan. Dibimbangi akan menjadi suatu kesulitan bagi petugas jawatankuasa pemilihan untuk menerangkan satu persatu prosedur yang sebenar.

Bekas Naib Yang Dipertua 2 MPP sesi lepas, Maisarah Rafie memberi respon berikut berhubung isu ini.

"Tahun Satu dan Tahun Dua dikenal pasti sebagai kelompok siswa-siswi yang belum ada pengalaman mengundi. Sudah pasti ia menjadi kerisauan kerana dalam hasrat HEP untuk memastikan semua turun mengundi, tetapi akan berlaku sebaliknya.

Mereka yang turun mungkin tersilap cara dan boleh mengakibatkan undi rosak. Harap ada panduan yang jelas diberikan sebelum hari pengundian," ujarnya dalam satu respon ringkas di laman sosial Facebook.

Sehingga kini, notis yang dikeluarkan berkaitan pengundian adalah notis semakan daftar pemilih pada 13 September lalu.

Dalam perkembangan lain, petugas-petugas PTM dikatakan sedang sibuk memastikan penyenggaraan sistem e-Undi berkeadaan baik dan tiada sebarang gangguan sewaktu hari kejadian. (Gambar: kredit kepada En. Suffian, Pusat Teknologi Maklumat)
(gambar)

Antara persiapan yang dimaklumkan telah dilakukan adalah kemaskini daftar pemilih dan kerja-kerja teknikal, termasuk pengendalian server yang rapi.

Pusat-pusat pengundian akan dijalankan di setiap kawasan fakulti masing-masing.

Sistem e-Undi meskipun tiada sebarang masalah yang berlaku pada PRK sebelum ini, menjadi sedikit isu terutama berkaitan masalah teknikal yang boleh berlaku dan penyimpanan data undi yang didakwa boleh sahaja dimanipulasi.

Walau bagaimanapun, USIM difahamkan sangat menitikberatkan pengurusan sistem yang teliti dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Usimkini mengingatkan agar semua pelajar bersedia dengan kad matrik yang berfungsi baik bagi memastikan proses pembuangan undi pada 25 September ini berjalan lancar. -Usimkini

6 comments:

  1. Sebab comment saya sebelum ni dah kena delete, maka saya ulang sekali lagi; kalau guna gambar orang lain, mintalah kebenaran pemilik gambar dahulu atau sekurang-kurangnya quote kan sumber gambar tersebut diambil. Nak berblog, bloglah. Tapi pastikan etika dijaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Editor memohon maaf atas salah tatacara kami mengendalikan bahan berita, khususnya berkenaan foto tersebut.

      Kesilapan amat dikesali.

      Delete
  2. [ADMIN]

    Kami memohon maaf kerana krew kami terlepas pandang untuk memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum memuatnaik gambar.

    Foto tersebut telah diusulkan kepada kami dari laman sosial Facebook.

    Editor akan sunting kembali dan memasukkan kredit foto ini kepada saudara/pihak berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kredit sepatutnya kepada laman asal (Facebook saya dan PTM), bukan pemilik gambar. Saya tak pernah bagi directly gambar saya kepada org. Terima kasih atas tindakan awal.

      Delete
  3. Alhamdulillah berjalan lancar.. pelajar tahun satu yang sangat dibimbangi tidak turun mengundi didapati sangat teruja hadir membuang undi secara online walaupun tidak pernah didedahkan dengan e-Undi. Ini jelas dibuktikan dengan kehadiran pelajar tahun 1 "second batch" yang turut sama ingin membuang undi walaupun tiada dalam senarai pemilih.

    Pada pandangan saya, petugas jawatankuasa pemilihan tiada masalah menerangkan satu persatu prosedur kerana setiap petugas hanya perlu menerangkan 1 atau 2 perkara sahaja.

    ReplyDelete