Wednesday, September 12, 2012

MB Negeri Sembilan dekati bakal calon PRK

12 Sept, Nilai - Pilihanraya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar MPP diramalkan semakin hampir berikutan satu pertemuan tertutup sekumpulan pelajar bersama Menteri Besar, YAB Dato' Seri Mohammad Hassan telah diadakan di Bangunan Canselori, petang semalam.


Sumber terdekat dari Jabatan Canselori memaklumkan, pertemuan tersebut dihadiri oleh 22 orang pelajar, dipercayai calon tajaan HEP dari beberapa fakulti. Majlis minum petang bersama MB itu dikhabarkan sekadar majlis ramah mesra beliau bersama barian calon kepimpinan pelajar USIM.

Kebanyakan bakal calon yang menghadiri majlis tersebut merupakan muka-muka baru yang terdiri daripada siswa-siswi semester empat dan enam.

Usimkini difahamkan, majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah dan pegawai kanan HEP. Agenda kemudiannya diteruskan pada sebelah malam dengan sesi perbincangan bersama kepimpinan tertinggi HEP dengan semua bakal calon. 

Pertemuan tertutup yang diadakan itu menguatkan lagi ramalan bahawa PRK bagi peringkat USIM akan diadakan dalam masa terdekat.

Menurut seorang bekas ahli jentera HEP, pertemuan tertutup sebegitu merupakan rutin biasa yang dilakukan oleh pihak HEP di semua kampus bertujuan sebagai program penerangan tentang aspirasi kepimpinan pelajar dan dianggap proses 'saringan' awal untuk bakal-bakal calon.

"Tahun-tahun sebelumnya (juga) diadakan. Dulu di kedai-kedai makan luar kampus. Ia hanya program suai kenal dan ramah mesra biasa-biasa saja," katanya dalam satu perbualan bersama wakil krew Usimkini.

Tinjauan awal Usimkini pada dua hari pertama semester baharu sesi ini mendapati masih belum ada sebarang notis atau poster berkaitan pemilihan MPP di papan-papan kenyataan utama kampus. -Usimkini

[RALAT* Kemaskini pada laporan ini kerana terdapat kesilapan nama yang tidak disengajakan. Admin memohon maaf atas kesilapan terdahulu.]

3 comments:

  1. Menggunakan nama saya dalam berita anda mengecewakan saya. Tiada perbualan atau seumpamanya antara saya dengan krew UsimKini mengenai Pilihan Raya Kampus.Slogan "Telus, Berani dan Benar" sekadar omongan kosong. Harap pihak UsimKini mengambil berat akan berita yang disampaikan dan bertepatan dengan slogan anda.

    ReplyDelete
  2. Untuk makluman, maklumat tersebut dikirimkan kepada kami oleh seorang pelajar yang pernah terlibat dalam jentera kampus. Walau bagaimanapun, kami memohon maaf atas kecuaian krew kami dalam mengambil tanpa mengesahkan terlebih dahulu maklumat tersebut. Kesilapan amat dikesali.

    ReplyDelete
  3. Ok. Harap UsimKini mengambil pengajaran dari kesilapan ini dan mengkaji dulu sumber-sumber anda sebelum menyampaikannya. Teruskan usaha dalam menyampaikan berita selari dengan slogan anda "Telus, Berani dan Benar".^_^

    ReplyDelete