Friday, October 18, 2013

PRK USIM: Tempoh Kempen Sehari Timbulkan Kekecohan

Nilai, 18 Oktober - Pilihanraya USIM yang dijangkakan suram pada tahun ini sedikit 'panas' apabila ramai mulai sedar yang tempoh berkempen cuma 1 hari.


Menurut Amir, salah seorang pencadang calon, adalah mustahil untuk berkempen cuma dalam tempoh 24 jam. 


"Tahun lepas 2 hari diperuntukkan untuk tempoh berkempen. Tahun ni cuma 1 hari. Saya masih tidak dapat menerima kenyataan ini. Saya akan cuba buat bantahan sekiranya dibenarkan."


Jumlah calon yang mendaftar pada tahun ini meningkat mendadak dengan hampir 20 orang bakal bertanding di kerusi umum dan lebih 20 orang bertanding di kerusi fakulti. Jumlah yang kami peroleh daripada sumber HEP adalah seramai hampir 50 orang calon kerusi fakulti dan umum yang mendaftar

Jumlah calon yang bertanding pada PRK sesi 2012/2013 adalah 31 orang sahaja berbanding hampir 50 orang pada kali ini. Oleh itu, tempoh 1 hari dilihat amat tidak wajar kerana sesi lepas memperuntukkan 2 hari tempoh berkempen.

Seorang pelajar, Ain  ketika dihubungi berkata, "Tahun lepas calon tak seramai tahun ni tapi kempen 2 hari. Tahun ni calon sangat ramai tapi sehari. Amat tak logik. Tak mustahil akan timbul kekecohan."

Krew USIMKini sempat menghubungi Hamidi, mantan Presiden MPP UIAM untuk mendapatkan komentar, "Tempoh kempen PRK di UIAM adalah selama 2 hari. Pada hemat saya, tidak wajar USIM tetapkan hanya sehari dengan jumlah calon yang lebih ramai berbanding sebelumnya.", ujar beliau.

PRK USIM dijangka akan berlangsung pada 23 Oktober 2013 dan penamaan calon adalah pada 21 Oktober 2013. - USIMKini

2 comments:

  1. bongok usim ni...org atasan kuat umno cmgini la

    ReplyDelete
  2. tak sesuai langsung bila tenpoh berkempen cuma 2 hari sedangkan calon yg bertanding sangat ramai berbanding PRK sebelum ini. Saya sebagai pelajar USIM turut merasa terkilan dengan situasi begini.

    ReplyDelete