Thursday, October 10, 2013

PRK USIM: Pendaftaran Calon Berjalan Lancar




10 Oktober, Nilai - Proses awal pilihan raya kampus bagi Pemilihan MPP USIM sesi 2013/2014 bermula hari ini apabila sesi pendaftaran calon dibuka jam 9.0 pagi tadi.

Kami sempat menemubual calon dari FPQS, Azmil yang sudah menunggu sejak jam 8.30 pagi. "Saya jangka, pendaftaran sudah dibuka jam 9 pagi sebagaimana yang tertera pada notis tetapi terpaksa menunggu hampir sejam sebelum dapat mendaftar. Apapun, terima kasih kepada HEP kerana pendaftaran berjalan lancar."

Sesi pendaftaran melibatkan bayaran proses sebanyak RM20 sebagai wang cagaran Borang Penamaan Calon. Pelajar-pelajar yang mendaftar diminta untuk memasukkan butiran peribadi mereka ke dalam sistem e-Undi dan mengambil gambar sebagai rekod.

Kebanyakan pelajar yang ingin bertanding hadir bersama-sama dengan pencadang dan penyokong masing-masing. Menurut peraturan terbaru bermula sesi 2012/2013, setiap pencalonan perlu disokong oleh dua orang penyokong dan seorang pencadang. Ia berbeza berbanding sesi 2011/2012 yang mensyaratkan 5 orang sebagai penyokong untuk setiap calon.

Kelihatan mantan YDP MPP, saudara Razif di
bilik pendaftaran
Hasil pemerhatian dan tinjauan rambang krew USIMKini mendapati, proses pendaftaran calon pada hari ini turut dihadiri oleh mantan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, termasuk bekas Yang DiPertua, saudara Razif.

USIMKini dimaklumkan, beberapa calon dilihat hadir mendaftar dengan ditemani oleh bekas MPP terdahulu yang menjadi pencadang mereka. 

Beberapa bekas pimpinan JAKSA dan sekretariat fakulti juga hadir untuk mendaftarkan diri sebagai calon. Amir Zuhair yang pada awalnya menafikan untuk bertanding turut kelihatan mendaftar sebagai calon.

Proses pendaftaran akan diteruskan sehingga petang ini dan akan berakhir petang esok. 

Manakala proses penamaan calon akan diadakan pada 21 Oktober, disusuli dengan pembentangan manifesto dalam sesi pengenalan calon pada sebelah malam hari yang sama. - USIMKini

2 comments:

  1. salam.
    jus nk maklumkan, sistem pendaftaran calon dah ready seawal jam 9.00 pagi dan tiada masalah printer yang menyebabkan kelewatan pendaftaran seperti yang dilaporkan.
    untuk guna sistem pendaftaran.. calon kene register dengan pegawai HEP terlebih dahulu, bayar wang cagaran.. barulah boleh akses sistem pendaftaran calon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas makluman. Kami cuma bergantung kepada maklumat daripada wartawan kami di sana. Kami akan betulkan

      Delete