Sunday, September 08, 2013

Perompak Tidak Berseluar Di Desa Anggerik

Gambar hiasan
8 September, Nilai - Pelajar luar kampus terutamanya sekitar Desa Anggerik gempar dengan kejadian pecah rumah yang berlaku baru-baru ini jam 4 pagi, 4 September 2013.

Mengikut sumber yang diperoleh, suspek adalah seorang lelaki berbadan gempal, rambut berwarna kuning dan tidak memakai seluar. Dipercayai, suspek adalah pengamal ilmu hitam. Suspek juga dikaitkan dengan beberapa kes pecah rumah sebelum ini di Desa Anggerik.


Antara mangsa kejadian adalah Faridz, pelajar Tahun 2 FKP. Beliau menjelaskan, "Saya nampak orang tersebut tapi seakan-akan separuh sedar. Dia menyedari saya sedang melihatnya lalu dia berlari dan keluar dari rumah."


Beberapa siri kejadian disyaki dilakukan oleh lelaki ini kerana modus operandinya sama; merompak dalam keadaan tidak memakai seluar. Pihak polis telah menjalankan siasatan dan kawalan dengan lebih ketat beberapa hari ini.


YDP MPP USIM, Razif turut mengingatkan siswa dan siswi USIM untuk mempertingkatkan usaha menjaga keselamatan di rumah masing-masing lanjutan daripada peristiwa itu. Sebarang aduan boleh dibuat terus ke http://srcusim.com/online-complaint-form.html


Menurut sumber daripada Bahagian Keselamatan USIM, kebanyakan kes pecah rumah adalah berpunca daripada kecuaian pelajar sendiri dalam isu keselamatan di rumah sewa masing-masing.

2 comments:

  1. Dari dulu sampai sekarang masih tidak berkesudahan kes pencuri ni kat desa anggerik.. Harap semua pelajar lebih alert tenttang keselamat dirumah. Jangan diabaikan.

    ReplyDelete
  2. alert ye pelajar usim di desa anggerik

    ReplyDelete