Monday, September 02, 2013

Pendaftaran Pelajar Baharu 2013/2014 Berjalan Lancar




Seramai 2403 pelajar Ijazah Sarjana Muda dijangka mendaftar secara rasmi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari pendaftaran universiti pada hari ini. Kesemua pelajar tersebut baka mengikuti pengajian di lapan buah fakulti di USIM

Jumlah pelajar pada tahun ini meningkat kemungkinan kerana insiden yang berlaku di Mesir, membatalkan hasrat sebahagian ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sana. Menurut seorang waris yang ditemui, 

Saya fikir, USIM adalah tempat terbaik untuk anak saya meneruskan pengajian. Mesir terlalu berbahaya sekarang.” 


“Walaupun agak kecewa kerana tidak dibenarkan ke Mesir, saya rasakan pilihan saya tepat. InsyaAllah saya akan berusaha bersungguh-sungguh," ujar seorang pelajar baharu daripada Terengganu.


Menurut satu sumber dari Bahagian HEP, pertambahan bilangan pelajar ini membuktikan kepercayaan ibu-bapa dan juga para pelajar terhadap sistem dwi-pendidikan aqli dan naqli di USIM.

Tinjuan krew USIMKini di Stadium Tertutup Nilai, Kolej Kediaman Acacia Avenue dan Kolej Kediaman Sutera Indah mendapati, keadaan adalah terkawal. Bantuan daripada SUKSIS dan PALAPES dilihat sedikit meringankan tugas Pembantu Urusetia. Dalam masa yang sama, MPP USIM turut menghantar ahli Sekretariat MPP sebagai tambahan untuk membantu urusan kemasukan pelajar di kolej kediaman.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir Pembantu Urusetia merungut dengan jumlah Pembantu Urusetia yang dirasakan tidak mencukupi, terutamanya di Kolej Kediaman 1.

Sejarah turut terukir pada sesi pendaftaran kali ini apabila USIM menerima pelajar sulung seramai bagi Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian. - USIMKini

Klik di sini untuk album gambar


No comments:

Post a Comment