Menurut Pembantu Urusetia Hari Ta'aruf yang ditemui, Hari Ta'aruf yang bakal diadakan pada 2-4 September ini bakal menerima 2403 orang dari seluruh Malaysia termasuk hampir 100 orang pelajar antarabangsa.
Sumber dari Bahagian HEP memaklumkan, jumlah pelajar pada tahun ini meningkat mendadak daripada 1908 orang pelajar pada sesi akademik 2012/2013. Tambah beliau, pada sesi kali ini, cuma 9 orang pelajar yang menolak tawaran ke USIM. Faktor terbesar bagi pertambahan jumlah ini kemungkinannya adalah berkaitan dengan isu yang berlaku di Mesir dan majoriti pelajar USIM adalah lepasan STAM. Insiden yang berlaku di sana kemungkinan membatalkan hasrat pelajar-pelajar lepasan STAM ke Universiti al-Azhar lantas memilih USIM sebagai destinasi untuk menyambung pengajian.
Krew USIMKini telah menemubual saudari Maisarah Ibrahim (Pembantu Urusetia yang juga Timbalan Setiausaha Agung MPP USIM) menerusi laman Facebook beliau berkenaan persediaan Pembantu Urusetia bagi sesi pengambilan kali ini. Beliau menyatakan,
"Alhamdulillah, semua berjalan lancar setakat ni. Harapnya adik-adik bersedia untuk memasuki alam baru dalam kehidupan adik-adik. Kami di pihak Pembantu Urusetia sedia membantu adik-adik sekadar termampu..."
Berikut adalah masa pendaftaran bagi pelajar-pelajar baharu:
8.30 pagi - 11.30 pagi - FPBU, FSU, FEM
11.30 pagi - 2.00 petang - FPQS, FKP
2.00 petang - 4.00 petang - FST, FPSK, FPg
No comments:
Post a Comment