1 Julai 2014 – Majoriti pelajar tahun 1 yang sedang mengikuti Program Pengukuhan Bahasa untuk Bahasa Inggeris dan Arab (A/ELSP) meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui mereka dikehendaki membayar yuran penginapan kolej kediaman semasa program sedang dijalankan. Malah terdapat sebahagian daripada mereka memberontak dan ingin memboikot baki program yang akan dilangsungkan.
Perkara ini diketahui semasa
taklimat untuk ELSP dijalankan semalam. Pihak jawatankuasa ELSP mengumumkan
para pelajar yang menginap di kolej kediaman semasa program A/ELSP perlu
membayar kepada pihak fakulti yuran penginapan. Pelajar-pelajar tahun 1 pada
tahun ini ditempatkan di Kolej Kediaman 1 dan terdapat sebahagiannya di Kolej Kediaman
Sutera Indah dan Kolej Kediaman Nilam Court.
Ramai pelajar merungut dengan
perkara ini kerana mereka tidak dimaklumkan lebih awal tentang yuran ini.
Menurut pelajar tahun 1 FST, Muhammad Akmal, beliau hanya mengetahui tentang
yuran ini pada hari pertama ELSP, bukan semasa daftar keluar atau daftar LSP di
pejabat Kolej Kediaman. Manakala seorang lagi pelajar tahun 1 dari FKP, Siti
Hawa memberitahu kepada krew USIMKini mereka dimaklumkan boleh tinggal di kolej
kediaman semasa A/ELSP tetapi tidak dimaklumkan mengenai bayaran tersebut ;
“setiap bilik di KK1 dapat notis yang kami boleh tinggal semasa A/ELSP dan
tidak kena bayaran. Dalam notis tersebut, cuma ditulis kami akan kena bayar
kalau tinggal bermula 9/7/2014 iaitu selepas A/ELSP”.
Setiap tahun pelajar tahun 1
diwajibkan untuk menyertai A/ELSP pada setiap hujung semester dengan objektif
untuk membolehkan para pelajar lebih fasih berbahasa Arab dan mencapai pangkat
Band 3 dalam peperiksaan MUET. Pelajar perlu menempuh 3 fasa dan fasa terakhir
tahun ini dijalankan terus antara ALSP dan ELSP, berlangsung selama 8 hari
berterusan mengambil kira faktor pelajar yang sedang berpuasa.
Jika mengikut tahun-tahun
sebelum ini, pelajar perlu mengosongkan kolej kediaman semasa A/ELSP dijalankan
dengan pindah ke kolej kediaman pada semester seterusnya atau pindah ke rumah
sewa sendiri. Namun, pada tahun para pelajar mendapat peluang untuk tinggal di
kolej kediaman masing-masing semasa program dijalankan.
Krew USIMKini sempat menghubungi
Pengerusi Jawatankusa Kebajikan Siswa/Siswi (JAKSA) KK1, Syamil Hafizi Mahzir
untuk mendapatkan respon beliau tentang perkara ini. Beliau sendiri terkejut
dengan berita ini selepas dimaklukan sendiri oleh pelajar tahun 1 dan mengaku
baru mengetahui perkara ini ; “Kami JAKSA pun baru tahu tentang perkara ini.
Pada mulanya saya amat bersyukur kerana pelajar-pelajar ini boleh tinggal di
sini semasa program sebab masih ramai dari mereka masih mencari dan belum masuk
ke rumah sewa, tapi tak sangka pula kena bayaran.” Menurut beliau, pihak JAKSA
akan merujuk perkara ini kepada pihak HEP dan pengurusan kolej kediaman dalam
tempoh terdekat. Beliau respon di facebook beliau ; “Sepatutnya bayaran
penginapan kolej kediaman semasa LSP memang dikenakan kepada pelajar tetapi
pihak pengurusan asrama telah membuat rayuan kepada JKPU untuk mengecualikan
bayaran kepada pelajar yg masih menghuni kolej kediaman semasa LSP. Pihak kami
sedang menunggu jawapan daripada pihak JKPU dan HEP utk pengesahan rasmi”.
No comments:
Post a Comment