Friday, September 27, 2013

iCEPS 9: Najwa Latif Tampil Dengan Imej Berjubah


Konsert Simfoni Akustika Gaza-Syria sempena iCEPS 9 diwarnai dengan kehadiran selebriti tanahair seperti Najwa Latif, Sham Kamikaze dan Amir Ukays.

Apa yang mencuri tumpuan hadirin adalah sosok gadis yang lahir pada 23 Mei 1995, Najwa Latif yang tampil berjubah pada malam ini. 

"Saya berdebar sebenarnya. Pertama kali datang USIM.", ujar beliau kepada hadirin.

Najwa menyampaikan beberapa buah lagu pada konsert sebentar tadi. Antaranya ialah Adamu dan Sahabat.

Rata-rata hadirin terutamanya mahasiswa USIM memuji penampilan Najwa Latif yang dilihat agak 'mesra' dengan iklim USIM sebagai sebuah IPTA Islam.

Antara komen yang mencuit hati adalah daripada Azizi, Exco Biro Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian MPP, "Najwa Latif pun berjubah bila masuk USIM, tp kalau mahasiswi USIM sendiri pun masih 'failed' bab pemakaian (aurat )..eden xtahu nak kato apolah jang..".- USIMKini

[Edisi Siasat #2] Krew USIMKini Terima Ugutan


27 September, Nilai - Salah seorang krew USIMKini menerima ugutan bunuh, sebentar tadi.

Menurutnya, beliau tidak mengenali individu yang menggunakan nama 'Brader Mansuh' yang menulis 'Woi. Kalau ko siasat lg pasal forum tu, ko tak hidup lama!' kepadanya. Ugutan kedua tertulis 'BANGSAT! KO REPOT KAT POLIS, SIAP KO! AKU BAWAK TURUN GENG AKU. DASAR PEMBANGKANG. X SUKA BN KO KELUARLA DARI MLYSIA!'.

Namun krew kami masih belum memutuskan sama ada mahu membuat laporan polis mengenai perkara itu atau tidak.

“Saya percaya ugutan bunuh yang diterima sebentar tadi ada kena mengena dengan isu forum 'Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan' yang cuba kami bongkarkan. Saya berserah dan pasrah dengan ugutan ini dan masih dalam perbincangan sama ada akan membuat laporan polis atau tidak.", katanya..

Minggu lepas, USIM dihebohkan lagi dengan satu penganjuran forum yang mana pengisiannya berunsur politik dan tuduhan-tuduhan liar kepada pihak pembangkang. Forum tersebut diadakan di DKP 2 pada jam 10.30 pagi, 20 September 2013 (Jumaat). 

Program sebegini adalah kali kedua diadakan selepas Taklimat Keselamatan Isu Lahad Datu yang berakhir dengan luahan tidak puashati mahasiswa USIM kerana secara jelasnya penceramah menuding jari kepada pembangkang (Pakatan Rakyat) sebagai punca berlaku nya kekecohan di Malaysia seperti siri demonstrasi BERSIH dan lain-lain.

Kami mengambil kesempatan untuk menjejaki siapa sebenarnya 'Brader Mansuh' di laman carian Google. Ini jawapan yang kami peroleh di http://bradermansuh.blogspot.com/



Krew USIMKini tidak akan berputus asa untuk terus menyiasat isu ini hingga menemui jawapannya. - USIMKini

Tarikh PRK USIM Terus Menjadi Teka-Teki




27 September, Nilai - Terus menjadi teka-teki. Mungkin itu ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan mengenai tarikh Pilihanraya Kampus (PRK) bagi pemilihan MPP USIM yang masih belum diumumkan oleh pihak pengurusan Universiti sehingga sekarang.

Tarikh PRK USIM dilihat sebagai sangat penting kerana semua kelab dan persatuan yang bernaung di Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) sudah dibubarkan dan perlu menunggu penubuhan kabinet MPP terlebih dahulu sebelum setiap persatuan mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Beberapa kampus seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Sabah sudah memaklumkan tentang pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar di tempat masing-masing.

USIMKini telah menghubungi Mohamad Razif Mohamad Fuad, Yang Dipertua MPP USIM untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tarikh PRK.

"Saya memohon maaf kerana pihak kami masih tidak dimaklumkan apa-apa berkenaan tarikh PRK. Apa yang pasti, selepas 8 Oktober iaitu genap setahun pelantikan MPP secara rasmi. Terima kasih," kata beliau ringkas melalui laman sosial Facebook.

Sekiranya dilihat daripada tarikh pengundian sesi lepas, USIM sudah melepasi tempoh setahun daripada tarikh sebenar iaitu 25 September 2013. 

Pilihanraya kampus merupakan satu perkara yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan mahasiswa di seluruh kampus kerana ia bertujuan memilih kepimpinan tertinggi di peringkat mahasiswa dalam kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). - USIMKini

[Edisi Siasat #1] Isu Forum 'Mensyukuri Nikmat Keamanan'

Klik untuk paparan lebih jelas
27 September, Nilai - Inbox krew USIMKini dihujani dengan lebih 30 emel daripada mahasiswa USIM mewakili peserta yang hadir yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap program tersebut.

Program tersebut dikatakan mengkehendaki setiap JAKSA Kolej Kediaman mencari 250 orang pelajar untuk memenuhkan DKP 2 bagi tujuan forum tersebut. Pengisiannya pula lebih kepada serangan terhadap sebelah pihak sahaja. 

Menurut seorang pelajar Tahun 1 yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, "Kami datang untuk forum mencintai negara, malangnya kami dihidangkan dengan isu-isu politik yang bersifat tuduhan dan tidak berasas. Saya amat kecewa."

"Kalau benar ia satu fakta, bukan begini caranya. Ini menyerang, bukan menerang. Islam tak ajar sebegini.", ujar seorang siswi Tahun 1.

Krew USIMKini melihat, ia seakan mempunyai kaitan dengan penganjuran Taklimat Isu Keselamatan Lahad Datu di USIM yang pernah heboh satu ketika dahulu. Klik juga di siniKemungkinan besar, pihak yang sama telah mencaturkannya. 

Anda ada info berkenaan forum tersebut? Sila emel ke usimkinionline@gmail.com

Shaher Winnable Candidate Pilihanraya SLC?




27 September, Nilai - Mood siswa/i Fakulti Syariah dan Undang-Undang kembali hangat dengan adanya Pilihanraya Syariah Law Club yang dijadualkan akan berlangsung pada 3 Oktober 2013 ini.



Menurut satu sumber, beberapa orang calon sudah mengadakan perancangan teliti untuk merebut kerusi 'panas' Syariah Law Club pada kali ini. Seramai 15 orang calon akan bertanding bagi merebut jawatan sebagai perwakilan Syariah Law Club.



Calon-calon tersebut adalah Ahmad Farid, Anuwar Syafiq, Atyrah Hanim, Azhar Zakaria, Maszliza Abdoll Malik, Siti Hajar, Noor Sheha, Syahid, Nurul Basirah, Abdul Alem, Siti Sarah, Shaher, Azizah Alias, Norsyahidah dan seorang pelajar antarabangsa daripada Bangladesh, Robi'ul Islam.

Ahmad Shaher calon kegemaran?


Antara calon yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan Pengerusi SLC  adalah Ahmad Shaher. Beberapa sumber yang diperoleh menyatakan, misi Shaher cukup jelas iaitu memperjuangkan isu recognition Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang (SMSU).



Ia adalah isu yang menghantui pelajar SMSU sejak sekian lamanya dan masih tidak menemui titik penyelesaian. "Shaher mampu bawa isu ni dengan jayanya. Saya yakin dengan kredibiliti beliau. Pelajar Fiqh Fatwa tak ada masalah untuk menyokong beliau sebab isu recognition memang satu keutamaan bagi SMSU. ", ujar seorang siswa Tahun 2 Fiqh dan Fatwa.



Sementara itu, tanda tanya terus menjalar dalam kalangan mahasiswa; "Bilakah tarikh Pilihanraya Kampus USIM?"


Friday, September 13, 2013

Malam Cinta Rasul Bakal Gamit Ribuan Pengunjung


ICEPS 9 pada kali ini bakal membawakan kepada anda Malam Cinta Rasul yang menampilkan Habib Syech Assegaf yang dikenali ramai dengan Qasidah Ya Hanana. Kehadirannya dijangka bakal menarik lebih 3000 hadirin sekitar Lembah Klang ke majlis ini.

Beberapa mahasiswa yang ditemui menzahirkan kegembiraan dengan kedatangan Habib Syech ke USIM.

"Alhamdulillah, ini pertama kali Habib Syech datang USIM. Sebelum ni cuma tengok di kaca televisyen.", ujar Asri, pelajar FST.

"Semoga bumi USIM akan bergema dengan selawat dan lontaran qasidah kerinduan kepada Baginda SAW. Terbaik ICEPS 9!", kata Farhana, pelajar Tahun 1.

Di sebalik ambang Malam Cinta Rasul, terdapat sedikit isu yang tersebar di Facebook. Syihan, mahasiswa Tahun 4 Fiqh dan Fatwa membangkitkan isu 'Qasidah 60k' dengan mengkritik keras majlis tersebut yang mana mana kos keseluruhannya adalah RM60 ribu.

Beberapa penjelasan ringkas telah diberikan oleh pihak penganjur namun, beliau masih 'menyerang' penganjuran Malam Cinta Rasul dan menyifatkannya sebagai 'pembaziran wang rakyat'.

Krew USIMKini sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan penuh daripada wakil pihak penganjur ICEPS 9 dan Malam Cinta Rasul. Laporan penuh akan dikeluarkan sedikit masa lagi - USIMKini

Lagi Kes Pecah Rumah Di Desa Anggerik



13 September, Nilai - Satu lagi kejadian pecah rumah dilaporkan berlaku di Desa Anggerik. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.30 - 5 pagi ketika semua penghuni rumah tersebut sedang tidur.

Mengikut sumber, suspek berbangsa Cina, mewarnakan rambutnya, dan berbadan gempal. Pihak Bahagian Keselamatan USIM masih menyiasat tentang perkara ini. Dalam masa yang sama, satu kes lain berlaku juga pada awal pagi tadi melibatkan suspek yang sama di Desa Anggerik.

YDP MPP USIM, saudara Razif mengingatkan siswa/i USIM yang menetap di rumah-rumah sewa supaya tidak lalai dalam menjaga keselamatan kerana majoriti kes pecah rumah berpunca daripada kelalaian pelajar sendiri. - USIMKini

Wednesday, September 11, 2013

USIM Menghadapi Masalah Bekalan Air



11 September, Seremban - Laporan paip pecah bersaiz 48 inci di bulatan Court Mammoth Nilai. Kerja-kerja pembaikan bermula pada jam 6:00 pagi dan di jangka siap pada jam 9:00 malam. Kawasan terlibat gangguan bekalan air ialah seluruh kawasan Bandar Baru Nilai, Arab Malaysian, Nilai Impian, Nilai 3, Nilai 7 Inland Port, Batu 10 hingga Batu 14 Jalan Labu, Kampung Jijan, seluruh Kawasan Kampung Gadong, Gadong SC, Felda Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Sendayan Indah, Bukit Sendayan, Taman Gadong Jaya Fasa 1 hingga Fasa 4, Taman Semarak 1 & 2, Industri Recron, Industri Nilai, Industri Ringan, seluruh kawasan Batang Benar, Sungai Mahang, Jimah Baru, Jimah Lama Port Dickson, Lenggeng dan sekitar kawasan.

Krew USIMKini menemubual beberapa pelajar Tahun 1 yang ditemui di sekitar kampus. Menurut mereka, Kolej Kediaman 1 menghadapi masalah air dan mereka sedang mencari kawasan di sekitar USIM yang masih ada bekalan air untuk mandi.

"Kami ke Bangunan Tamhidi ni sebab air tidak ada di KK1. Harapnya malam ni selesailah isu air ni. Susah bila tak ada air ni. Paling penting, untuk mandi.", ujar seorang pelajar Tahun 1.

Sehubungan dengan itu, pelajar dinasihatkan supaya tidak membazir dalam pengunaan air. Bekalan air dijangka pulih pada jam 9 malam ini. -USIMKini



Sunday, September 08, 2013

Perompak Tidak Berseluar Di Desa Anggerik

Gambar hiasan
8 September, Nilai - Pelajar luar kampus terutamanya sekitar Desa Anggerik gempar dengan kejadian pecah rumah yang berlaku baru-baru ini jam 4 pagi, 4 September 2013.

Mengikut sumber yang diperoleh, suspek adalah seorang lelaki berbadan gempal, rambut berwarna kuning dan tidak memakai seluar. Dipercayai, suspek adalah pengamal ilmu hitam. Suspek juga dikaitkan dengan beberapa kes pecah rumah sebelum ini di Desa Anggerik.


Antara mangsa kejadian adalah Faridz, pelajar Tahun 2 FKP. Beliau menjelaskan, "Saya nampak orang tersebut tapi seakan-akan separuh sedar. Dia menyedari saya sedang melihatnya lalu dia berlari dan keluar dari rumah."


Beberapa siri kejadian disyaki dilakukan oleh lelaki ini kerana modus operandinya sama; merompak dalam keadaan tidak memakai seluar. Pihak polis telah menjalankan siasatan dan kawalan dengan lebih ketat beberapa hari ini.


YDP MPP USIM, Razif turut mengingatkan siswa dan siswi USIM untuk mempertingkatkan usaha menjaga keselamatan di rumah masing-masing lanjutan daripada peristiwa itu. Sebarang aduan boleh dibuat terus ke http://srcusim.com/online-complaint-form.html


Menurut sumber daripada Bahagian Keselamatan USIM, kebanyakan kes pecah rumah adalah berpunca daripada kecuaian pelajar sendiri dalam isu keselamatan di rumah sewa masing-masing.

Thursday, September 05, 2013

USIM TERIMA KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SARJANA MUDA 2013/2014

NILAI, 2 Sept – Sesi pendaftaran Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2013/2014 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Stadium Tertutup Nilai berjalan dengan lancar. Kaunter pendaftaran yang dibuka secara rasmi bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang mula dibanjiri oleh para pelajar dan ibu-bapa masing-masing yang sejak awal pagi lagi telah berada di perkarangan stadium.
Bagi sesi kemasukan kali ini, USIM menerima kemasukan pelajar tertinggi sejak ditubuhkan iaitu seramai 2,444 orang pelajar. Menawarkan 26 pilihan program pengajian di peringkat Sarjana Muda melalui 8 buah fakultinya antaranya  Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah membuka peluang pendidikan tinggi yang luas buat pelajar lepasan aliran sekolah agama di Malaysia.
Antara program pengajian yang menerima kemasukan tertinggi adalah Sarjana Muda Komunikasi (102 pelajar), Sarjana Muda Sains Bioteknologi Makanan (100 pelajar), Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi (217 pelajar), Sarjana Muda Pengajian Quran dan Multimedia (231 pelajar), Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa (317 pelajar) dan Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (116).
YBhg. Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail yang meluangkan masa meninjau suasana pendaftaran, turut mengambil kesempatan melawat kaunter-kaunter khas yang diwujudkan bagi melicinkan proses pendaftaran serta beramah mesra dengan para pelajar dan ibu-bapa yang berada di sekitar Stadium. Turut bersama beliau YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah dan Pendaftar, Encik Muhammad Haizuan Rozali.
“Alhamdulillah, pertambahan berganda permohonon kemasukan ke USIM iaitu kita menerima  23,483 permohonan pada tahun ini mengatasi unjuran pelajar iaitu 2,553 tempat sahaja. Ini memberi indikasi jelas bahawa USIM semakin dikenali dan menjadikan IPTA pilihan pertama pelajar untuk menyambung pengajian. Dalam hal ini, promosi dan penjenamaan USIM yang merupakan satu-satunya IPTA yang menawarkan sistem pengajian yang mengintegrasikan ilmu Aqli dan Naqli dalam silibus akademiknya kepada masyarakat telah berjaya memberi impak yang besar “ kata Naib Canselor.
Tambahnya lagi “Kemasukan pelajar antarabangsa juga amat baik sekali iaitu seramai 95 pelajar antaranya dari Afghanistan, Libya, Jordan, Nigeria, Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura.  Selepas ini, mereka akan mengikuti Minggu Taaruf yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bermula 2 hingga 5 September ini”.
Antara pengisian menarik sepanjang Minggu Taaruf ini adalah Eksplorasi USIM, Taklimat Kokurikulum, Motivasi, Dialog Kemerdekaan dan Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar bersama YAB Dato’ Seri Utama Muhamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Disediakan oleh :
Mohd Zaini Othman
Penolong Pendaftar StraComm.

Wednesday, September 04, 2013

Amin Dijangka Bertanding Kerusi Umum PRK 2013



4 September, Nilai - Kehangatan ambang Pilihanraya Kampus USIM kembali memenuhi ruang media sosial. Rata-rata pelajar USIM sudah mula membicarakan berkenaan beberapa calon yang dikatakan bakal bertanding di kerusi Umum. 

Krew USIMKini sempat menemuramah Syahmi, Tahun 4 Fakulti Syariah dan Undang-Undang berkenaan calon kegemaran beliau.

"Bagi saya, tahun ini mungkin lebih sengit. Cuma, saya yakin sepenuhnya Amin Suhaimi akan bertanding di kerusi umum. Beliau memang layak dan ada ciri-ciri kepimpinan yang kita kehendaki."

Beliau menambah, "Jika Amin bertanding, saya sudi berkempen sepenuhnya untuk beliau. Beliau mampu membawa suara mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi."

Amin Suhaimi (kiri) adalah pelajar Tahun 3 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau kini adalah Timbalan Presiden, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM).

Lazimnya, kepimpinan MPP diisi oleh calon-calon daripada kelab dan persatuan yang aktif, antaranya SPMM. Adakah Amin bakal meneruskan legasi SPMM dalam MPP s
ebagaimana Razif, YDP MPP USIM yang juga merupakan mantan S/U SPMM sesi 2011/2012? - USIMKini 





Tuesday, September 03, 2013

Harga Minyak Naik: Apa Komen Mahasiswa USIM?

Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.

Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikkan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

"Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib.

Menurut Najib lagi, kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1.00 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

"Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, dimana mengalami kenaikkan sebanyak 5 sen seliter.


Beliau juga menegaskan langkah tersebut bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.

Tinjaun Krew USIMKini di beberapa stesen minyak berdekatan Nilai mendapati, kenderaan  seperti kereta dan motor sudah memenuhi stesen minyak Petronas dan Shell seawal Maghrib. 

Krew USIMKini telah melakuan tinjauan di Facebook untuk mendapatkan respon mahasiswa USIM berkenaan kenaikan harga minyak. Berikut adalah antara komen-komen yang kami peroleh














Monday, September 02, 2013

Pendaftaran Pelajar Baharu 2013/2014 Berjalan Lancar




Seramai 2403 pelajar Ijazah Sarjana Muda dijangka mendaftar secara rasmi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari pendaftaran universiti pada hari ini. Kesemua pelajar tersebut baka mengikuti pengajian di lapan buah fakulti di USIM

Jumlah pelajar pada tahun ini meningkat kemungkinan kerana insiden yang berlaku di Mesir, membatalkan hasrat sebahagian ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sana. Menurut seorang waris yang ditemui, 

Saya fikir, USIM adalah tempat terbaik untuk anak saya meneruskan pengajian. Mesir terlalu berbahaya sekarang.” 


“Walaupun agak kecewa kerana tidak dibenarkan ke Mesir, saya rasakan pilihan saya tepat. InsyaAllah saya akan berusaha bersungguh-sungguh," ujar seorang pelajar baharu daripada Terengganu.


Menurut satu sumber dari Bahagian HEP, pertambahan bilangan pelajar ini membuktikan kepercayaan ibu-bapa dan juga para pelajar terhadap sistem dwi-pendidikan aqli dan naqli di USIM.

Tinjuan krew USIMKini di Stadium Tertutup Nilai, Kolej Kediaman Acacia Avenue dan Kolej Kediaman Sutera Indah mendapati, keadaan adalah terkawal. Bantuan daripada SUKSIS dan PALAPES dilihat sedikit meringankan tugas Pembantu Urusetia. Dalam masa yang sama, MPP USIM turut menghantar ahli Sekretariat MPP sebagai tambahan untuk membantu urusan kemasukan pelajar di kolej kediaman.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir Pembantu Urusetia merungut dengan jumlah Pembantu Urusetia yang dirasakan tidak mencukupi, terutamanya di Kolej Kediaman 1.

Sejarah turut terukir pada sesi pendaftaran kali ini apabila USIM menerima pelajar sulung seramai bagi Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian. - USIMKini

Klik di sini untuk album gambar


Sunday, September 01, 2013

CEDAW Worshop by Dr. Muzaffar Syah Mallow



By : Dr. Muzaffar Syah Mallow, Senior Lecturer, Faculty of Shariah and Law, USIM

On 2ND & 3RD March 2013, the Faculty of Syariah & Laws (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) had successfully organized a workshop on “CEDAW & Leadership” which focusing primarily for students from institute of higher learning throughout Malaysia. This CEDAW workshop is the result of collaboration between All Women’s Action Society (AWAM) one of the Malaysian independent feminist organisation committed to improving the lives of women within the country in Malaysia with the support of the United Nations Gender Theme Group.

According to Betty Yeoh, the Programmes Manager for All Women’s Action Society (AWAM), these CEDAW & Leadership workshops were organised specifically for the students in an Institute of Higher Learning in the country, because of concerns that there was a lack of women’s participation in leadership in universities, despite the fact that women make up more than half the student population.  In fact, only 61% of women who graduate enter the workforce, and this number further declines once they reach 25 years and above. There is a need to gender sensitise and raise awareness about discrimination against women from among students in higher learning, as a strategy to prepare them for the future.  These workshops therefore aim to amongst others is to bring awareness of Convention on the Elimination of all forms of Discrimination against Women (CEDAW) to students in the institute of higher learning; to assist students’ council/union to include CEDAW principles in their plans and activities for student population in their universities; and to encourage women students to take on leadership roles in the students’ council/union of the institution of higher learning.

The expectation from this workshop is to achieve a better understanding on the rights of women and of discrimination against women.  It is hoped that this will lead to greater opportunities for the participation of women in leadership positions in institutes of higher learning.  This in turn, we hope, will equip women after their graduation and empower them in their role in society. It is also hoped that it will also address the issue of the high percentage of women who drop out of the formal workforce in Malaysia. The primary discussion for this workshop is on the United Nations Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW). This convention is more popularly known as the Women’s Convention which was adopted in 1979 by the United Nations General Assembly which is often described as an international bill of rights for women. Consisting of a preamble and 30 articles, it defines what constitutes discrimination against women and sets up an agenda for national action to end such discrimination. The Convention defines discrimination against women as “...any distinction, exclusion or restriction made on the basis of sex which has the effect or purpose of impairing or nullifying the recognition, enjoyment or exercise by women, irrespective of their marital status, on a basis of equality of men and women, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural, civil or any other field”.

By accepting the Convention, States commit themselves to undertake a series of measures to end discrimination against women in all forms, including to incorporate the principle of equality of men and women in their legal system, abolish all discriminatory laws and adopt appropriate ones prohibiting discrimination against women, to establish tribunals and other public institutions to ensure the effective protection of women against discrimination and to ensure elimination of all acts of discrimination against women by persons, organizations or enterprises.

In 1995, Malaysia has ratified the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) with reservations to some of its provisions. The original reservations read as follows “The Government of Malaysia declares that Malaysia’s accession is subject to the understanding that the provisions of the Convention do not conflict with the provisions of the Islamic Shariah law and the Federal Constitution of Malaysia. With regards thereto, further, the Government of Malaysia does not consider itself bound by the provisions of articles 2 (f), 5 (a), 7 (b), 9 and 16 of the aforesaid Convention. In relation to article 11, Malaysia interprets the provisions of this article as a reference to the prohibition of discrimination on the basis of equality between men and women only. On 6 February 1998, the Government of Malaysia notified the Secretary-General of a partial withdrawal as follows “The Government of Malaysia withdraws its reservation in respect of article 2(f), 9(1), 16(b), 16(d), 16(e) and 16(h)”. Due to some reservation still made by the government over CEDAW many women’s human rights groups in Malaysia have since the CEDAW review in 2006 several memorandum to the government, attended numerous meetings with the Malaysian Ministry of Women, Family and Community Development and issued many press statements calling for the full and effective implementation of the CEDAW Convention. Notably, in July 2010 the government removed its reservations to CEDAW Articles 5(a), 7(b) and 16(2).

However reservations still remain on five CEDAW Articles 9(2) on states parties shall grant women equal rights with men with respect to the nationality of their children,16(1)(a) where states parties shall take all appropriate measures to eliminate discrimination against women in all matters relating to marriage and family relations and in particular shall ensure, on a basis of equality of men and women for the same right to enter into marriage; 16(1)(c) on the same rights and responsibilities during marriage and at its dissolution, 16(1)(f) on the same rights and responsibilities with regard to guardianship, wardship, trusteeship and adoption of children, or similar institutions where these concepts exist in national legislation; in all cases the interests of the children shall be paramount and 16(1)(g) on the same personal rights as husband and wife, including the right to choose a family name, a profession and an occupation.


According to Dr. Muzaffar Syah Mallow (Photo), the Senior Lecturer from the Faculty of Syariah & Laws, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) and the advisor for the workshop, it is important to highlight that the CEDAW convention provides the basis for realizing equality between women and men through ensuring women’s equal access to, and equal opportunities in, political and public life. States parties agree to take all appropriate measures, including legislation and temporary special measures, so that women can enjoy all their human rights and fundamental freedoms. Countries which have ratified or acceded to the CEDAW convention like Malaysia are legally bound to put its provisions into practice. They are also committed to submit national reports, at least every four years, on measures they have taken to comply with their treaty obligations. However, full implementation of the any international convention including CEDAW should have its limitation. For Malaysia which have a very complex society which include society from different religious and cultural background some reservations is needed. However, having such says it shouldn’t go against the basic or the fundamental principle or idea of CEDAW convention in the first place which is the protection and equal opportunity given to women.

Doa dan Ucapan Khas Sempena Kemerdekaan Malaysia ke-56 Terbitan USIM


Klik link untuk menonton video di atas 

Menampilkan :
1. Prof. Dato' Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM
2. Encik Faiz Aziz, Pegawai Teknologi Maklumat USIM
3. Mohamad Razif Mohamad Fuad, Yang Dipertua MPP USIM
4. Encik Lawal Sa'du, Presiden International Student Society

Pembantu Urusetia Hari Ta'aruf: MPP Disisih?



1 September, Nilai - Telah tersebar khabar angin yang menyatakan, wujud 'tangan ghaib' yang mahu menyisihkan MPP daripada menjadi Ketua dan Timbalan Ketua Pembantu Urusetia Hari Ta'aruf Sarjana Muda Sesi Akademik 2013/2014.

Krew USIMKini telah menemui beberapa individu yang terlibat dalam Hari Ta'aruf Sarjana Muda. Rata-rata mereka terkejut dengan pemilihan tersebut kerana kebiasaannya MPP akan dipilih kerana mengutamakan pengalaman. 

Sebahagian daripada mereka merasakan wujud usaha untuk menyisihkan MPP pada sesi ini cuma, tidak dapat dipastikan sebabnya. 

Walaubagaimanapun, saudara Mohamad Razif, Yang Dipertua MPP USIM memberi respon yang sedikit berbeza dari telahan ramai pelajar. Ia sekaligus menjawab persoalan samada MPP benar-benar disisih atau tidak.

Klik untuk paparan yang lebih jelas.

Syihan Cabar Presiden KAMI Bertanding

1 September, Nilai - Ahmad Syihan Ismail, mahasiswa Tahun 4 Fiqh dan Fatwa hari ini mencabar Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indepen (KAMI), Haziq Fikri untuk bertanding pada Pilihanraya Kampus USIM sesi kali ini.

Syihan pernah menimbulkan kontroversi pada tahun 2011 dengan menjemput Bob Lokman  ke USIM. Bob Lokman pada ketika itu sudah bersama sebuah parti politik. Walaubagaimanapun, usaha tersebut telah dihentikan oleh pihak Bahagian Keselamatan USIM. 

Haziq Fikri pula adalah pelajar Tahun 3 Syariah dan Undang-Undang. Beliau mula dikenali sejak dilantik Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).  Haziq juga merupakan salah seorang Exco Syariah Law Club (SLC).

Beliau juga adalah antara penganjur Pidato GM-13 yang diadakan di Restoran Mannusalwa sebelum PRU-13.Pidato tersebut menampilkan Khalid Ismath, Edikoup dan Safwan Anang sebagai pemidato. - USIMKini

TERKINI (10.40 PAGI)

Berikut adalah jawapan balas Haziq Fikri di status Facebook beliau



Konvensyen HAWA 2.0 Menjanjikan Kelainan



1 September, Nilai - Konvensyen HAWA 2.0 yang bakal diadakan pada 14-15 September ini bakal mengangkat tema Empowering Muslimah Towards Globalisation untuk mengajak para wanita membawa perubahan dalam dunia globalisasi hari ini. 

Menurut Naib Yang Dipertua MPP, Nadrahtul Huda Misral, kelainan yang akan ditampilkan pada konvensyen kali ini ialah setiap slot akan diwakili pelbagai penceramah yang terkenal dan berkelayakan untuk memberi peluang kepada mereka berkongsi idea dan pengalaman.

"Tajuk-tajuk slot kali ini cukup menarik dan membuka minda wanita dalam kampus dan di luar sana. MPP USIM mahu mahasiswi dan wanita di luar sana keluar dari kepompong program 'cinta' yang membuai tetapi tidak bermanfaat kepada peranan sebenar wanita kini mengikut realiti dunia sekarang." katanya pada temuramah beliau dengan krew USIMKini

Konvensyen selama dua hari itu akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Difahamkan, mantan Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Asri Zainul Abidin akan memberi perkongsian berkenaan 'Wanita dan Masa Depan Negara manakala Ustaz Dr. Zahazan pula mengenai 'Wanita: Antara Wahyu dan Hak Asasi'. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bakal mengupas tajuk 'Wanita dan Ulama'.

Konsert Manifestasi Cinta Ilahi turut diadakan dengan menampilkan Nazrey Johani, Yatt Hamzah dan Imam Muda Najdi sebagai artis jemputan. 

Layari http://www.srcusim.com/hawa2013 untuk maklumat lanjut. - USIMKini