Saturday, August 31, 2013

USIM Gondol 7 Pingat dan Anugerah Utama di NRIC 2013

USIM GONDOL 7 PINGAT DAN ANUGERAH UTAMA DI NOVEL RESEARCH & INNOVATION COMPETITION (NRIC) 2013

Sumber: http://tinyurl.com/qgb2vvj

PULAU PINANG, 22 Ogos – Sebanyak sepuluh (10) penyertaan projek penyelidikan daripada pelajar Prasiswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Novel Research & Innovation Competition (NRIC) 2013 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) bermula pada 20 sehingga 22 Ogos 2013.

USIM mempertaruhkan tujuh (7) projek dalam kategori Social Transformation and Creative Arts dan tiga (3) produk dalam kategori Life Sciences telah membawa keceriaan kepada kontinjen penyelidik muda USIM ini yang diketuai oleh Pensyarah Pengiring, Prof Madya Dr. Norita Md Norwawi, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

Sebanyak tujuh (7) produk USIM telah berjaya menggondol pingat dalam NRIC yang berlangsung dari lima (5) produk berjaya merangkul pingat gangsa; E-Gelandangan, Module Laboratory Innovation Centre of Islamic Science Studies (ICISS), Clothline Cover (CLC), e-Mentoring dan Master Pie. Satu (1) pingat perak melalui produk Bambusia Pasta dan pingat emas bagi produk Easy Jawi. Produk Easy Jawi juga dinobatkan sebagai pemenang anugerah produk bagi Social Impact Policy Award dengan membawa pulang wang tunai RM 3000.00 dan sijil penghargaan.

Ketua Kumpulan Easy Jawi, Saudari Wan Nursyahirah Ramli, Pelajar Fakulti Quran dan Sunnah (FPQS) berkata “Produk ini  akan membantu kanak-kanak disleksia untuk belajar Jawi dengan lebih mudah. Kanak-kanak disleksia bukanlah cacat atau tidak pandai, tetapi sesetengah mereka mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Bagi membantu pembacaan huruf dalam rumi sememangnya telah ada, tetapi bagi Jawi masih belum ada. Oleh itu, dari sini tercetusnya idea kami menggerakkan projek ini”.

Penyertaan sulung pelajar USIM dalam Community Research and Innovation Competition (CoRIC) dengan produk ‘Isee’ iaitu penciptaan kompas bagi kegunaan insan yang cacat penglihatan (OKU) juga amat dibanggakan apabila mendapat tempat ketiga dan saudari Riza Asma ‘a Saari pula dipilih sebagai Best Presenter CoRIC. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 1000.00 dan RM 900.00 beserta sijil penghargaan.

NRIC pada kali ini yang bertemakan Bridging Firsts Class Research and Innovation Through Sustainability Environment mula dianjurkan sejak 2007 dan telah menunjukkan peningkatan penyertaan pasukan daripada IPT dalam dan luar negara serta kualiti projek penyelidikan. Sebanyak 132 projek penyelidikan NRIC dan 13 projek CoRIC telah menyertai pada tahun ini.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Omar Osman, Naib Canselor USM. Turut hadir bagi meraikan dan tanda sokongan kepada para peserta USIM adalah YBhg. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail.


Disediakan oleh :                                   
Mohd Zaini Othman
Penolong Pendaftar StraComm

Amir Zuhair Sah Tidak Bertanding


31 Ogos,  Nilai - Krew USIMKini cuba mendapatkan beberapa respon dari para pelajar berkenaan beberapa individu yang dikatakan akan bertanding untuk merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Islam Malaysia.

Kebanyakan daripada responden menyebutkan nama Amir Zuhair, seorang pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Beliau disebut-sebut bakal bertanding di kerusi fakulti dalam Pilihanraya Kampus sesi kali ini. 

Teka-teki itu terjawab apabila beliau menjelaskan pendiriannya untuk tidak bertanding pada Pilihanraya Kampus 2013 ini di Facebook beliau. Fokus kepada pelajaran dan mematuhi saranan kedua ibu bapanya adalah alasan utama beliau membatalkan hasrat  untuk bertanding -USIMKini

USIM Sedia Menerima Kehadiran Pelajar Baharu


31 Ogos,  Nilai - Tinjuan krew USIMKini sekitar USIM sebentar tadi mendapati Stadium Tertutup Nilai dan kolej-kolej kediaman sudah bersedia 70% untuk kehadiran siswa/i baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2013/2014.

Menurut Pembantu Urusetia Hari Ta'aruf yang ditemui, Hari Ta'aruf yang bakal diadakan pada 2-4 September ini bakal menerima 2403 orang dari seluruh Malaysia termasuk hampir 100 orang pelajar antarabangsa.

Sumber dari Bahagian HEP memaklumkan, jumlah pelajar pada tahun ini meningkat mendadak daripada 1908 orang pelajar pada sesi akademik 2012/2013. Tambah beliau, pada sesi kali ini, cuma 9 orang pelajar yang menolak tawaran ke USIM. Faktor terbesar bagi pertambahan jumlah ini kemungkinannya adalah berkaitan dengan isu yang berlaku di Mesir dan majoriti pelajar USIM adalah lepasan STAM. Insiden yang berlaku di sana kemungkinan membatalkan hasrat pelajar-pelajar lepasan STAM ke Universiti al-Azhar lantas memilih USIM sebagai destinasi untuk menyambung pengajian.

Krew USIMKini telah menemubual saudari Maisarah Ibrahim (Pembantu Urusetia yang juga Timbalan Setiausaha Agung MPP USIM) menerusi laman Facebook beliau berkenaan persediaan Pembantu Urusetia bagi sesi pengambilan kali ini. Beliau menyatakan, 

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar setakat ni. Harapnya adik-adik bersedia untuk memasuki alam baru dalam kehidupan adik-adik. Kami di pihak Pembantu Urusetia sedia membantu adik-adik sekadar termampu..."

Berikut adalah masa pendaftaran bagi pelajar-pelajar baharu:

8.30 pagi - 11.30 pagi - FPBU, FSU, FEM
11.30 pagi - 2.00 petang - FPQS, FKP
2.00 petang - 4.00 petang - FST, FPSK, FPg



Kejutan Ambang PRK USIM 2013



31 Ogos, Nilai - Exco Biro Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian MPP USIM, Azizi Alias mengumumkan, kemungkinan beliau tidak akan bertanding pada sesi Pilihanraya Kampus USIM kali ini. Makluman itu telah dibuat melalui Facebook beliau.
"Saya agak terkejut dengan makluman tersebut kerana saya menjangkakan, beliau akan bertanding lagi pada sesi kali ini. Azizi akan naik ke Tahun 3 dan terlalu awal untuk beliau membuat keputusan ini. Jika beliau menang, pengalaman beliau sangat berguna untuk MPP akan datang." ujar seorang pelajar Tahun 2 dari Fakulti Sains dan Teknologi.  
Azizi Alias adalah calon Fakulti Sains dan Teknolog bagi kerus fakulti pada PRK USIM sesi lepas. Beliau bersama Nur Wajihah Atiqullah telah memperoleh 730 undi dan 889 undi, mengatasi seorang lagi calon bagi kerusi fakulti, Syed Hafizin Jamil yang beroleh 489 undi.
Menurut seorang pelajar FSU Tahun 1, "Azizi patut bertanding untuk sesi kali ini. Saya yakin beliau mampu memimpin dengan baik. Saya harap beliau boleh buat pertimbangan semula."

USIMKini Kembali!

Suasana PRK USIM 2012

31 Ogos, Nilai - Sumber daripada HEP memaklumkan, pilihan raya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM dijangka akan diadakan pada 26 September. Menurut satu sumber luar, kemungkinan juga pilihanraya kampus bakal diadakan selepas 26 September.

Khabar terkini menyatakan, pihak HEP sudah mengadakan bengkel calon pada minggu lalu bagi mempersiapkan calon 'tajaan' mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kampus yang akan datang. Dijangkakan, pilihanraya kampus pada kali ini lebih 'panas' dan sengit dari tahun lepas.

Siapakah yang bakal dipilih untuk pemilihan MPP kali ini?

Siapakah yang bakal menggantikan kepimpinan saudara Mohamad Razif Mohamad Fuad sebagai Yang Dipertua MPP USIM? 

Sama-sama nantikan laporan-laporan menarik khas dari krew USIMKini.